comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi bawa turun jenazah pendaki Awang Askandar disambung hari ini

Awang Askandar Ampuan Yaacub. -FOTO: Facebook

PUTRAJAYA: Operasi membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, akan disambung, hari ini.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, jenazah masih berada di Kem Empat selepas proses bawa turun jenazah semalam terpaksa ditangguhkan akibat masalah cuaca.

Menurutnya, salji setebal 0.30 meter di permukaan pergunungan menyebabkan kesukaran untuk bergerak kerana jenazah terpaksa diusung.

Katanya, keadaan cuaca hari ini baik dan proses membawa turun dapat dimulakan dengan dibantu oleh enam malim gunung sehingga ke Kem Dua.

“Sekiranya tidak berdepan masalah, proses menurunkan jenazah akan selesai sepenuhnya selewat-lewatnya esok termasuk menerbangkan jenazah menggunakan helikopter ke hospital di Kathmandu bagi proses seterusnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azim berkata, semalam juga berlaku kesesakan trafik di trek laluan kerana aktiviti pendakian akan berakhir 28 Mei ini dan pendaki perlu mengambil masa ditetapkan sebelum ia ditutup.

Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest.

Loading...
Terkini