Tumpuan :
Nasional

Op Taring Pensura: 5 individu ditahan, kapal kargo seludup diesel RM1.4 juta disita

Minyak diesel seludup bernilai RM1.4 juta disita Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sibu – FOTO: Norsyazwani Nasri

SIBU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu merampas 200,000 liter diesel dipercayai cuba diseludup dalam Op Taring Pensura di perairan Tanjung Ensurai, Sungai Batang Rajang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kapal kargo membawa diesel terbabit ditahan sepasukan anggota yang melakukan rondaan kira-kira jam 4 petang.

“Dalam pemeriksaan itu, PPM menahan dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia 34 hingga 67 tahun bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal itu didapati membawa muatan 200,000 liter diesel tanpa sebarang dokumen. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM1.4 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk siasatan mengikut Seksyen Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini