comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Tapis Khas: remaja 14 tahun antara 324 individu ditahan

Oleh: Kadir Edison

KUCHING: Remaja berusia 14 tahun antara 324 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis Khas di seluruh Sarawak bermula 10 Julai lalu.

Dalam operasi tiga hari berakhir semalam, Persuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, 13 individu dipercayai menjadi tokan dadah turut ditahan

“Sebanyak 163 serbuan dan 364 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Sarawak termasuk di pot-pot aktif, kawasan PPRT, kawasan perumahan,rumah kedai, perkampungan serta pelbagai tempat yang digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan tersebut, seramai 324 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah,” katanya pada sidang media Op Tapis Khas di sini hari ini.

Mohd Azman berkata, dalam operasi terbabit, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM48,217 dengan rampasan tertinggi dilakukan di Miri (RM20,894) diikuti Kuching (RM4,959) dan Padawan (RM3,960)

Katanya, polis juga menyelesaikan sebanyak 16 waran tangkap berkaitan kes-kes dadah sepanjang operasi berkenaan.

Tambah Datuk Mohd Azman, bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun lalu, Sarawak merekodkan sebanyak 5,655 tangkapan berkaitan dadah.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM127.6 juta selain turut menyita harta benda yang dipercayai diperoleh daripada aktiviti berkenaan yang dianggarkan benilai lebih RM3.7 juta.

Loading...
Terkini