Tumpuan :
Nasional

Op Sky: 98 akaun dibeku bernilai lebih RM22 juta

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memaklumkan telah membeku 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dalam Op Sky setakat hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata pihaknya memandangkan serius isu penyelewengan syarikat swasta sebagai perunding kewangan.

“Pihak bank beri kerjasama sepenuhnya berhubung 21 individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka terdiri daripada lapan orang pengarah dan juga staf sebuah syarikat, 12 orang pegawai bank dan seorang awam bertindak sebagai agen,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan SPRM.

Tambahnya, aktiviti itu dikesan menggunakan khidmat di enam bank terkenal yang beroperasi dalam negara.

“Kita tidak menolak akan ada lagi tangkapan susulan berkaitan perkara ini.

“Selain daripada itu, kita melihat Op Trust di mana menggunakan unit trust untuk menerima pelaburan dan wang itu diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 4,000 dokumen dirampas bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

SPRM turut menjalankan penjejakan aliran kewangan (money trail) ke atas akaun bank lain yang disyaki terlibat dalam pelanggaran undang-undang di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini