comscore
Tumpuan :
Nasional

Op SEROP rampas rokok putih RM1.2 juta


KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menggagalkan penyeludupan rokok putih bernilai RM1.2 juta di muara sungai Setiu, semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata,  rampasan 200 kotak  rokok itu melalui Operasi Khas Seludup Rokok Putih (OP SEROP)  kira-kira jam 5.30 pagi.

Jelasnya, pemantauan dilakukan di lokasi dikenalpasti iaitu sekitar perairan Besut dan hasil rondaan pihaknya  mengesan sebuah bot pancung enjin sangkut yang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Pengesanan dilihat dari laut tapi dalam keadaan gelap bot ni masuk ke muara, kita sudah bersedia atas dasar risikan. Jadi pasukan kami telah bersedia di lokasi sebelum tangkapan dibuat”.

Bagaimanapun Mohd Khairulanuar berkata, ketika serbuan, semua penyeludup  meloloskan diri dengan meninggalkan kotak rokok, bot pancung serta lori .

Rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran Terengganu.

Siasatan kes mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Loading...
Terkini