Tumpuan :
Nasional

Op PATI Bersepadu roboh 80 rumah setinggan sekitar Kota Kinabalu

FOTO: Ihsan IPD Kota Kinabalu

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: 80 rumah koloni setinggan yang dibina di kawasan tanah yang tidak dibenarkan sekitar daerah Kota Kinabalu dirobohkan, semalam.

Tindakan berkenaan dijalankan menerusi Op Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Bersepadu Mega bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi yang dijalankan selama lima jam ini berjaya merobohkan 80 struktur haram.

FOTO: Ihsan IPD Kota Kinabalu

Jelasnya, sepanjang operasi itu, polis turut menahan tiga wanita warga Filipina yang gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Tangkapan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

FOTO: Ihsan IPD Kota Kinabalu

 

Operasi dijalankan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Ketua Menteri (JKM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JAND), Jabatan Tanah Dan Ukur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Kasim berkata, operasi ini akan dijalankan secara berterusan pada masa akan datang.

FOTO: Ihsan IPD Kota Kinabalu

Langkah itu ujarnya dalam usaha membanteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial di Kota Kinabalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini