comscore
Tumpuan :
Nasional

OP HUU: 33,362 saman dalam 11 hari

OPERASI Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula 4 Jun lalu hingga semalam yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur. FOTO: Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sebelas hari  pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya (OP HUU) di ibu negara bermula 4 Jun lalu hingga semalam menyaksikan sebanyak 33,362 saman dikeluarkan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, halangan lalu lintas atau parkir adalah kesalahan tertinggi direkodkan dalam tempoh terbabit.

Katanya, sebanyak 25,405 saman membabitkan halangan lalu lintas, berhenti di laluan pejalan kaki (1,901); tiada lesen memandu (939), kesalahan nombor plat (431), dan cukai jalan tamat tempoh (585).

“Selain itu tidak ikat topi keledar (88), tiada nombor pendaftaran (192), tiada cermin sisi (392), menggunakan telefon (186), tidak tampal P (220), lesen tamat tempoh (140), lampu brek tidak fungsi (23), ubah suai kenderaan (51) dan tiada perlindungan insurans (47).

“Sebanyak 211 operasi dijalankan di beberapa lokasi sekitar ibu negara, antaranya OP Telefon Bimbit, OP Motosikal, OP Had Laju/LSD, OP Perdagangan, OP Halangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, 374 pegawai kanan dan 4,236 anggota JSPT Kuala Lumpur ditugaskan sepanjang tempoh terbabit, selain dibantu beberapa anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“JSPT Kuala Lumpur juga melakukan sebanyak 66 tangkapan dan turut menyita lima motosikal dan sebuah lori,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi trafik secara besar-besaran menerusi OP HUU di seluruh ibu kota, bermula 4 Jun sehingga 15 Jun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini