Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Syarikat yang terkait dengan isu penganiayaan kanak-kanak di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan kini dalam siasatan berkaitan kes penipuan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menyeru bekas pekerja atau individu yang terlibat dengan kes penipuan itu untuk tampil membantu siasatan.
“Kita juga ada maklumat menyatakan syarikat ini ada siasatan di bawah kes tipu, menerusi perjanjian pun ada.
“Jadi mangsa-mangsa yang ini pun kita minta tampil ke hadapan untuk bantu siasatan,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Ibu Negara, hari ini.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, terdapat juga transaksi sumbangan daripada pihak luar ke premis rumah amal yang beroperasi di bawah syarikat tersebut.
“Kita dapati bahawa rumah-rumah amal ini juga ada tajaan daripada pihak luar termasuk juga rumah penjagaan warga emas,” tambahnya.
Selain itu, Razarudin turut memohon bekas ahli atau mangsa rumah amal tersebut untuk tampil membuat laporan polis dan membantu siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- 402 kanak-kanak dieksploitasi di rumah amal diselamatkan polis
- Op Global: Mangsa diajar aksi tidak senonoh, tagih simpati minta sumbangan – KPN
- GISBH buat laporan polis, didikan songsang satu tuduhan berat
- Op Global: PDRM dedah kecederaan fizikal dan mental terhadap 172 pelajar
- OP Global: 13 kanak-kanak dipercayai mangsa liwat setakat ini – KPN
- Op Global: Seramai 392 kanak-kanak selesai jalani saringan kesihatan – KPN