Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Seramai 392 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global di Negeri Sembilan dan Selangor pada 11 September lalu selesai menjalani saringan kesihatan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, seramai 202 adalah kanak-kanak lelaki manakala selebihnya perempuan dan hasil saringan mendapati ada di antara mangsa yang terdiri daripada penghidap autisme, Orang Kurang Upaya (OKU) dan sakit.
“Kesemua mangsa-mangsa yang sakit, OKU dan menghidap autisme telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan agensi sahabat kita bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Menurut beliau, pecahan mangsa terdiri daripada 57 kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah, 198 mangsa (5 hingga 12 tahun), 115 mangsa (13 hingga 17 tahun) dan 14 orang lagi berusia 18 tahun ke atas.
Sementara itu, tambahnya lapan lagi mangsa tidak dapat dikenalpasti identiti mereka dan masih dalam tindakan bersama KKM dan juga penjaga di pusat-pusat asuhan berkenaan.
Polis menjalankan siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta 574 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- 402 kanak-kanak dieksploitasi di rumah amal diselamatkan polis
- Op Global: Mangsa diajar aksi tidak senonoh, tagih simpati minta sumbangan – KPN
- GISBH buat laporan polis, didikan songsang satu tuduhan berat
- Op Global: PDRM dedah kecederaan fizikal dan mental terhadap 172 pelajar
- OP Global: 13 kanak-kanak dipercayai mangsa liwat setakat ini – KPN