comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Global: Ramai ibu bapa mangsa masih belum tampil

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Oleh: Nurul Amalina Zainudi

KUALA LUMPUR: Kebanyakan ibu bapa kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global, telah dikenalpasti, namun masih belum tampil.

“Kebanyakannya mereka ini adalah anak-anak ahli, yang dia pun tak tahu anak dia diselamatkan mungkin, mungkin dia orang juga tidak mahu datang tampil kepada kita untuk mengaku anak-anak mereka disebabkan GISBH ini mengaku anak-anak ini adalah anak yatim.

“Melalui siasatan kita terdapat juga bin Abdullah, disebabkan perkahwinan awal itu tidak didaftarkan, apabila mengandung dia daftarkan di pejabat agama dan bernikah secara yang diperuntukkan di bawah undang-undang, apabila anak ini lahir akan berbin kan Abdullah,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ujarnya dalam perkembangan sama, bapa kepada mangsa yang dirotan menerusi video viral mengesahkan anak yang dirotan itu adalah anaknya yang terpisah dengannya sejak 2021.

Sehingga kini, seramai 149 mangsa kanak-kanak berusia satu tahun hingga 10 tahun diberi perintah jagaan sementara dan telah dipindahkan ke empat pusat perlindungan, manakala baki mangsa kanak-kanak seramai 242 orang akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

“Kita letakkan di tempat selamat, tempat-tempat selamat, sekiranya mereka (ibu bapa) ini tampil macam laporan di Kluang ini, kita akan saringkan dulu, kita bawa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekiranya bapa dia tuntut, itu terserah kepada pihak JKM,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini