comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Global: Polis sahkan ada kecederaan baharu dan lama pada mangsa – KPN

Razarudin memberitahu ada mangsa alami gangguan mental dan emosi sebelum diselamatkan pihak berkuasa.

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan terdapat segelintir kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global mengalami kecederaan baharu dan lama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, selepas pemeriksaan kesihatan, ada juga mangsa yang terganggu secara mental dan emosi sebelum diselamatkan pihak berkuasa.

“Mangsa-mangsa didapati mempunyai kesan-kesan cedera baru dan lama dan gangguan mental serta fizikal. Tahap kesihatan mental dan tahap pembesaran kanak-kanak ini tidak setara. Saringan ini telah dilaksanakan terhadap 172 mangsa yang terdiri 130 kanak -kanak lelaki dan 40 perempuan,” jelasnya.

“Setakat ini seramai 49 orang kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun telah dihantar ke rumah perlindungan sementara di Bukit Beruntung dan Cheras (Selangor) dan Seremban, Negeri Sembilan, manakala baki mangsa akan dipindahkan secara berperingkat.

“Apa yang boleh saya sebutkan di sini daripada temubual mangsa dan tangkapan, mereka ini mungkin adalah generasi ketiga atau keempat. Proses pembesaran mereka memang berlaku di dalam taman asuhan itu.

“Risikan kita mendapati, apabila berumur 2 tahun.. anak-anak ini akan diasingkan kepada keluarga dan diletakkan di rumah amal,” jelasnya.

Siasatan juga mendapati, terdapat ibu-bapa mangsa yang berada di luar negara walaupun anak mereka diletakkan di rumah amal berkenaan.

“Ada ibu-bapa yang berada di Arab Saudi selama 6 tahun, ada juga di Turkiy, tetapi anak di sini. Ini satu penganiayaan dan pengabaian di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Selain daripada itu kita perlu melihat bahawa kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah tapi tidak mendapat sekolah yang normal,” ujarnya lagi.

Tambah Razarudin, pihaknya juga perlu melihat sama ada sekolah atau pusat pembelajaran yang dijalankan di rumah amal itu didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan atau sebaliknya.’

Loading...
Terkini