Tumpuan :
Nasional

Op Global: Isteri kedua CEO GISBH antara lebih 30 individu dibawa ke pusat saringan

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Dianggarkan lebih 30 individu termasuk isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), warga emas, bayi dan kanak-kanak, diperiksa dalam serbuan di kediaman mereka melalui Op Global di Kampung Panji, di sini, hari ini.

Kesemua mereka berusia antara enam bulan hingga 70-an itu adalah antara individu ditemui di dalam tiga rumah yang menjadi penempatan mereka.

Mereka kemudian dibawa menaiki tiga van polis dan sebuah van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke pusat saringan kira-kira jam 9.30 pagi selepas operasi berkenaan selesai.

Op Global yang bermula jam 6.30 pagi tadi turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Berita lanjut menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini