comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Global: 55 kanak-kanak yang diselamatkan diserah kepada ahli keluarga

PUTRAJAYA: Seramai 55 kanak-kanak daripada 560 yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sudah dikembalikan kepada ahli keluarga terdekat dan mereka yang layak setakat hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementeriannya tidak mengetahui sama ada kanak-kanak ini terlibat atau tidak dalam GISBH kerana tugas menyiasat adalah di bawah kuasa polis.

Jelasnya, tugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya membantu untuk melindungi kanak-kanak terbabit.

“Semasa mengambil kanak-kanak ini kita perlu ada perintah mahkamah dan ketika serah semula juga perlu melalui perintah mahkamah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Penuaan Kebangsaan 2024 (NCA 2024) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KPWKM, Dr Maziah Che Yusoff dan Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

NCA 2024 ini dianjurkan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia UPM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terdahulu, media melaporkan KPWKM menerima 96 permohonan daripada ibu bapa yang menuntut lebih 200 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISBH.

Ketika ini, semua permohonan sudah diteliti dan pihaknya dalam proses untuk memohon kepada mahkamah untuk mengembalikan mereka kepada ibu bapa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini