comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Global: 171 kakitangan berkaitan syarikat disiasat, ditahan

Oleh: Fareez Azman

PETALING JAYA: Seramai 171 orang penyelia dan penjaga 20 buah premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat tempatan menjalankan pelbagai perniagaan di Malaysia dan beberapa negara lain, ditahan hari ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kesemua mereka ditahan dalam 20 serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia.

“Seramai 171 tangkapan yang dibuat ke atas semua premis yang terlibat di mana jumlah lelaki tangkapan sebanyak 66 lelaki dan 105 perempuan.

“Hasil serbuan mendedahkan terdapat kesalahan pengabaian serta penganiayaan ke atas penghuni terdiri daripada kanak-kanak,” jelasnya dalams satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sebentar tadi.

Kesemua tangkapan itu berusia antara 17 hingga 64 tahun.

Ia melibatkan seramai 402 orang mengikut pecahan iaitu 201 lelaki dan 201 perempuan di dua negeri terbabit.

“Hala tujuan siasatan ‘Op Global’ setakat ini adalah menjurus kepada kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berikut.

“Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611], Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792], Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ATIPSOM [Akta 670].

“Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa,” katanya lagi.

Serbuan itu melibatkan 18 premis di Selangor melibatkan 7 daerah manakala 2 lagi premis dikesan di Negeri Sembilan.

Loading...
Terkini