Tumpuan :
Nasional

Op carilamat kru kapal dagang warga India diteruskan

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Operasi carilamat seorang kru kapal sebuah kapal dagang yang disyaki lemas selepas terjatuh ke dalam laut pada kedudukan 1.4 batu nautika, tenggara Tanjung Bin, dua hari lalu masih diteruskan.

Pemangku Pengarah Maritim Johor, Kapten Kama Azri Kamil berkata, operasi carilamat tertumpu di sekitar lokasi perairan Tanjung Bin membabitkan 44 pegawai dan anggota dengan lima aset laut dan lima aset darat.

Turut terbabit dalam operasi berkenaan pasukan Polis Pontian, Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor serta Bot Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Pihak Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya.

Katanya, turut membantu Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia serta pihak berkuasa Singapura.

Kapten Kama Azri berkata, kejadian dipercayai berlaku sewaktu kapal dagang terbabit berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pelepas menuju ke Singapura.

“Mangsa dikenali sebagai Sandeep, 36, warganegara India.

“Kali terakhir mangsa dilihat pada jam 7.30 petang hari kejadian dengan berpakaian Orange Boilet Suit,”katanya dalam satu kenyataan.

Hingga petang ini usaha mengesan mangsa masih belum membuahkan hasil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini