Tumpuan :
Nasional

OKU maut terjatuh di landasan LRT Titiwangsa

FOTO: JBPM

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui di bawah landasan Stesen LRT Titiwangsa pagi tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dilanggar kereta api yang melintasi kawasan itu.

FOTO: JBPM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8:38 pagi.

Pasukan penyelamat dari balai Sentul dan Titiwangsa digerakkan ke lokasi.

Mangsa yang dipercayai OKU buta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kejadian ini dipercayai berlaku akibat kehilangan keseimbangan mangsa yang terjatuh tanpa disedari pemandu kereta api,” menurut kenyataan.

FOTO: JBPM

Pihak berkuasa sedang meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, selain memeriksa rekod operasi tren pada waktu kejadian.

Perkhidmatan tren di Stesen LRT PWTC hingga Sentul Timur yang digantung sementara pagi tadi, kini telah beroperasi sepenuhnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini