RAUB: Pengembala lembu orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Rabu ditemukan selamat, hari ini.
Mangsa, Zulkifli Ramli, 44 tahun ditemui dalam keadaan lemah dengan luka kecil pada badan serta berkaki ayam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mangsa ditemui dalam lingkungan 2.2 kilometer (km) dari rumah mangsa.
“Mangsa yang juga OKU lembam kali terakhir dilihat ketika membawa lembu ke padang ragut di kawasan ladang sawit berhampiran jam 10 pagi, Rabu lalu.
“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan sebelum mangsa ditemui jam 3.30 petang hari ini.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lipis untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.