comscore
Tumpuan :
Nasional

Nyaris maut ketika sedang minum petang 

FOTO: NSTP

KUALA BERANG: Suami isteri nyaris maut apabila sebuah kereta terbabas dan hampir merempuh mereka di hadapan rumah di Kampung Chapu, Jumaat lalu.

Ketika kejadian jam 4.30 petang, Siti Khadijah Draman, 68, dan suaminya Yusof Stapa, 67, sedang minum petang.

“Tiba-tiba terdengar bunyi kuat. Sebuah kereta terbabas merempuh kereta suami di hadapan rumah. Meja tempat kami minum petang pula di sebelah kereta yang dilanggar.

“Proton Iswara yang dipandu remaja itu kemdudian merempuh pula bangsal di kanan rumah sebelum terperosok ke longkang,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana Perodua Viva suaminya di hadapan dan menjadi penghalang ketika Proton Iswara itu terbabas.

“Sekiranya kereta suaminya tiada, sudah tentu Proton Iswara itu terus merempuh kami,” katanya.

Khadijah berkata, rumahnya yang terletak berhampiran jalan utama Kuala Berang-Sungai Tong, sememangnya terdedah kepada kejadian kenderaan terbabas dan kemalangan.

Loading...
Terkini