Tumpuan :
Nasional

NRES pandang serius isu harimau mati dilanggar, bahagian anggota hilang – Nik Nazmi

Harimau belang mati dilanggar yang dijumpai banyak bahagian anggota badannya hilang.

Oleh: Vinsla Santiran

SHAH ALAM: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memandang serius insiden harimau belang mati dilanggar yang dijumpai banyak bahagian anggota badannya hilang.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pemandu lori yang melanggar mati haiwan itu telah dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, kerajaan telah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 (Akta A1646) bagi jenayah yang membabitkan hidupan liar termasuklah menyimpan, memburu atau menyeludupnya.

“Pemandu telah pun dikenalpasti tetapi mengenai kecurian itu, apa yang kita dapat maklumat mungkin pihak lain.

“Itu masih dalam siasatan pihak polis dan kita sedang mendapatkan maklumat lanjut untuk melihat siapa yang bertanggungjawab ke atas kecurian bahagian-bahagian bangkai harimau itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Burung Enggang Kebangsaan yang julung kali diadakan di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan empat batang taring, kuku pada kaki, kulit ekor dan sebahagian kulit kepala telah hilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini