comscore
Tumpuan :
Nasional

NRECC akan mencari jalan, elak banjir di Zoo Negara berulang

PUTRAJAYA: Kejadian banjir kilat yang melanda Zoo Negara 18 Oktober lalu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan meneliti langkah terbaik bagi menanganinya.

Menteri bertanggungjawab, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan penuh mengenainya belum diperolehi pihaknya, namun, akan mencari jalan agar kejadian itu tidak berulang.

“Kita akan dapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu untuk melihat puncanya dan fikirkan cara terbaik atasi masalah berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2023 dan Pelancaran DKBK 2022 – 2030 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 50 orang pengunjung dilaporkan terperangkap semasa banjir kilat melanda Zoo Negara baru-baru ini, namun sempat diselamatkan oleh petugas dengan menaiki lori dan traktor.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmad Lana dilaporkan berkata, Zoo Negara menanggung kerugian lebih RM300,000 ekoran kejadian banjir kilat itu.

Menurutnya,punca air naik di kawasan Zoo Negara adalah disebabkan limpahan dari Sungai Kemensah yang tidak dapat menampung walaupun sungai tersebut sudah diperbesarkan.

“Semua haiwan juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar namun dapat diselamatkan,” katanya.

Loading...
Terkini