comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Not To Land’ boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab – MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjelaskan pelancong yang tiba di negara ini boleh diberikan notis ‘Not To Land’ (Notis Penolakan Masuk) atas pelbagai sebab.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata antara faktor termasuk ketulenan pasport, isu visa, sejarah jenayah, dan kebimbangan mengenai isu keselamatan.

“Ia terletak di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan masing-masing dan Jabatan Imigresen seperti yang dinyatakan di bawah Lampiran 9 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Akta Imigresen (Akta 155).

Tambahnya, sebuah syarikat bebas dilantik oleh Jawatankuasa Pengendali Syarikat Penerbangan (AOC) Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengendalikan penumpang ‘Not To Land (NTL)’.

Jawatankuasa itu terdiri daripada 40 pengendali penerbangan di KLIA dan 26 syarikat bersekutu, dan bukan di bawah kendalian MAHB.

“Pelantikan itu dipersetujui dan disahkan oleh Jabatan Imigresen.

“Sebagai pengendali lapangan terbang, MAHB menyediakan ruang yang sesuai untuk memudahkan pengendalian penumpang NTL sementara menunggu penerbangan pulang,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu dijalankan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.

Penolong Penguasa Imigresen, Syahmi Syafie Md Nazmil memaklumkan dakwaan budaya rasuah dalam kalangan pegawai di lapangan terbang adalah tidak berasas.

Menurutnya, ketika soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

Loading...
Terkini