comscore
Tumpuan :
Nasional

Noh Hujan, Fatin Athira nikah 23 September

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan, Noh, 38, bakal menamatkan zaman duda dengan Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Majlis pernikahan bakal berlangsung pada sebelah pagi, diikuti majlis resepsi, jam 8 malam hari yang sama.

Pasangan itu memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.

Kad undangan digital penyanyi kelahiran Sarawak itu dengan wanita berusia 30 itu sudah mula diedarkan.

Fatin Athira adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor yang kini berkhidmat sebagai peguam.

Difahamkan, Fatin turut meminati muzik, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Fatin pada 7 Mei lalu bertempat di Putra Heights, Subang Jaya.

Pada majlis pertunangan itu, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh mengenakan baju Melayu warna senada.

Sebelum ini, penyanyi dan komposer itu mendirikan rumah tangga dengan aktivis, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Noh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi memiliki anak angkat, Musa.

Loading...
Terkini