KUALA LUMPUR: Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Kakitangan, Datuk Mohd Nizam Jaffar dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-23, berkuat kuasa hari ini.
Lantikan Mohd Nizam itu dibuat bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pelantikan Mohd Nizam itu menyaksikan perubahan bersejarah apabila beliau memecah tradisi dan menjadi PAT pertama bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Udara dan Laut sedia ada.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.