Tumpuan :
Nasional

Ninja Van sedia perkhidmatan logistik rantaian sejuk beku Ninja Cold

Ninja Cold menawarkan penyelesaian logistik rantaian sejuk beku yang menyeluruh

DALAM era di mana kelajuan dan kualiti diutamakan, menjaga kesegaran dan integriti produk sensitif suhu sepanjang perjalanan adalah sangat penting. 

Menyedari hal itu, syarikat penghantaran logistik Ninja Van tampil dengan penyelesaian logistik Ninja Cold yang mampu memudahkan semua pihak terutama pemilik perniagaan yang menawarkan produk rantaian sejuk beku.

Ninja Cold menawarkan penyelesaian logistik rantaian sejuk beku yang menyeluruh, direka khas untuk mengurangkan tekanan dalam penghantaran barang mudah rosak.

Selain itu, perkhidmatan ini memastikan kawalan suhu yang konsisten untuk pelbagai kategori, termasuk suhu terkawal (18 darjah celcius hingga 25 darjah celcius), sejuk (0 darjah celcius hingga 8 darjah celcius) dan beku (-18 darjah celcius hingga -20 darjah celcius).

Perkhidmatan Ninja Cold juga memudahkan proses penghantaran kepada pelanggan terutamanya barangan yang sejuk dan sensitif terhadap suhu. 

Perkhidmatan ini memberi penyelesaian sempurna kepada penghantar produk seperti barangan FMCG (fast-moving consumer goods), farmaseutikal dan perubatan yang memerlukan penghantaran dengan suhu terkawal.

Di samping itu, Ninja Cold memastikan produk yang dihantar kepada pelanggan kekal berada dalam keadaan segar dan selamat tanpa mengira jarak. 

Rangkaian tiada tandinganMempunyai liputan meluas di Semenanjung Malaysia, Ninja Van menjadi syarikat penghantaran pertama di Malaysia yang menerima standard Jepun ISO 23412 untuk pengendalian rantaian sejuk.

Melalui perkhidmatan ini, Ninja Cold turut menawarkan penghantaran ekspres yang tidak mampu disediakan oleh syarikat penghantar lain. 

Perkhidmatan penghantaran keesokan hari disediakan untuk perniagaan di Lembah Klang, manakala satu hingga tiga hari untuk perniagaan di luar Lembah Klang.

Selain itu, Ninja Cold menyediakan perkhidmatan penghantaran rantaian sejuk dari hujung ke hujung merangkumi proses pengambilan, pengasingan, pengangkutan utama dan penghantaran kepada pelanggan. 

Pelanggan tidak perlu risau kerana Ninja Cold akan memastikan barang dihantar melalui rantaian sejuk yang tidak terputus bagi mengekalkan suhu spesifik sepanjang proses penghantaran dari awal hingga akhir.

Sebagai perkhidmatan yang patuh halal, Ninja Cold tidak menerima barangan seperti daging babi, alkohol, senjata api, dadah terlarang, bahan berjangkit, barangan tiruan, tembakau serta barangan bernilai tinggi seperti emas dan barang antik.

Hal ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan pematuhan peraturan yang ketat sepanjang penghantaran.

Sekiranya pemilik perniagaan melanggar syarat tersebut, pihak Ninja Cold akan membuang dan menghalang penggunaan perkhidmatan dan mengenakan bayaran sanitasi.

Kadar bayaran perkhidmatanKadar penghantaran untuk perkhidmatan Ninja Cold berbeza mengikut berat dan lokasi penghantaran. Sebagai contoh, untuk penghantaran di dalam Lembah Klang, harga bermula dari RM17 untuk 5 kilogram (kg), manakala bagi penghantaran di luar Lembah Klang, harga bermula dari RM22 untuk 5kg.

Kadar ini memberikan fleksibiliti kepada pelanggan demi memastikan mereka mendapat perkhidmatan penghantaran yang tepat dan berpatutan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Ninja Cold, layari pautan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini