KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, bergerak seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat yang lebih lemah.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut kepada US$2,720.90 setiap auns troy daripada US$2,739.90 setiap auns troy pada Khamis manakala November 2024 menguncup kepada US$2,737.20 setiap auns troy daripada US$2,755.20 setiap auns troy sebelumnya.
Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,745.30 setiap auns troy daripada US$2,763.30 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan turun kepada 10 lot daripada 54 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 21 kontrak daripada 62 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 24 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,732.00 setiap auns troy. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.