comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nepotisme tidak berlaku dalam pelantikan Nurul Izzah – Anwar

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Nepotisme tidak berlaku dalam pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menegaskan jawatan itu tanpa gaji dan peranan anaknya itu adalah untuk membantu semata mata, bagi memastikan tiada penyelewengan dalam penganugerahan kontrak kerajaan.

 

“Saya terima baiklah teguran, cuma saya nak jelaskan berbeza dari pengalaman yang lalu soal upah dan gajaran yang tinggi, dia datang untuk membantu, kalau dia datang bantu tiada kedudukan akan dipersoalkan tidak telus dan teratur.

“Jadi dia bantu dan saya percaya pastikan suapaya kontrak teratur, itu sahaja bukan untuk ambil projek,”

“Nepotisme itu kalau kita letakkan jawatan untuk menyalah gunakan kuasa untuk memperkayakan diri, menambah kontrak dan mendapat upah yang tinggi, dan ini tidak berlaku,” katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di kompleks Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menerima baik kritikan pelbagai pihak mengenai tindakannya itu.

Namun mahu orang ramai membezakan perlakukan sesetengah pihak yang dengan sendiri memberi kontrak jutaaan ringgit kepada anak dan menantu.

“Saya nak bagi jaminan InsyaAllah pentadbiran kita walaupun ada yang kurang puashati dengan keputusan ini, menentang rasuah, tidak akan salah guna kuasa, untuk memperkaya mana-mana pegawai.

“Tidak wajar bagi orang yang beri ratusan kontrak pada anak dan menantu ratusan juta bukan puluh jutaada yang cecah sampai bilion ringgit masa jadi Perdana Menteri atau menteri dan sekarang nak cuba cakap soal ketelusan?,” katanya.

Loading...
Terkini