comscore
Tumpuan :
Nasional

Nenek, cucu melecur selepas rumah terbakar

FOTO: Ihsan Bomba

RANAU: Seorang wanita warga emas dan cucu perempuannya melecur selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kantas Baru, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 60 tahun dan cucunya berusia setahun melecur masing-masing melecur di bahagian kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.17 tengah hari.

Susulan itu, katanya seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 70 kilometer dari balai bomba.

FOTO: Ihsan Bomba

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya. Turut terbakar sebuah kereta jenis Perodua Kembara dan dua motosikal.

“Terdapat dua mangsa wanita warga emas dan cucunya melecur lima peratus di bahagian kaki dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan pam angkut satu aliran, satu pancutan dengan sumber air terbuka dari kolam berhampiran.

“Api berjaya dikawal kira-kira jam 3 petang dan operasi ditamatkan sejam kemudian.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini