comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nelayan Vietnam semakin kurang ajar, pegawai maritim Malaysia cedera parah ditetak

 

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu cedera parah di kepala selepas diserang sekumpulan 16 nelayan Vietnam kira-kira 148 batu nautika dari sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa Leftenan Muda Maritim Shakir Zufayri Azizul Rahman, 27 tahun sedang melakukan pemeriksaan ke atas bot nelayan asing itu kerana melakukan aktiviti tangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd Majid tindakan pantas mangsa bersama-sama 18 orang pegawai dan anggota Kapal Maritim (KM) Gemia berjaya meredakan keadaan.

Mangsa yang ditetak dengan parang dan cedera parah di kepala telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dengan menaiki helikopter Maritim Malaysia bagi mendapatkan rawatan segera.

Turut cedera tekong bot berkenaan dan tiga awak-awaknya.

Kesemua mereka turut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dengan menaiki helikopter Maritim Malaysia bagi mendapatkan rawatan.

Tambah Khairul Anuar, semasa siasatan dilakukan, kesemua kru bot berkenaan didapati tidak memiliki permit serta lesen yang sah.

Kesemua kru bot nelayan berkenaan ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki sebarang pas yang sah.

Loading...
Terkini