comscore
Tumpuan :
Nasional

Nelayan terjatuh di laut ditemui mati

Mayat Heng Swee Pau dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. – FOTO: Ihsan Polis

BAGAN DATUK: Nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Sungai Burung, di sini semalam, ditemui mati.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali, berkata mayat lelaki itu, Heng Swee Pau, 49, ditemui kira-kira jam 9 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Terdahulu, katanya, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas bot dinaikinya dipukul ombak pada kedudukan 2.2 batu nautika dari Bagan Sungai Burung, di sini.

“Polis menerima laporan kehilangan mangsa yang dibuat adiknya jam 11.30 pagi semalam. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dengan kerjasama agensi berkaitan,” katanya hari ini.

Operasi berkenaan disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta nelayan dengan menggunakan bot dan dron.

“SAR dijalankan sehingga jam 8 malam tadi, namun mangsa gagal dijumpai. Pagi tadi, SAR disambung semula dan akhirnya mayat mangsa ditemui jam 9 pagi berdekatan lokasi dia disyaki terjatuh,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini