comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nelayan mula buat persiapan hadapi musim tengkujuh

 

DUNGUN: Musim tengkujuh yang bakal melanda negeri di pantai timur pada awal bulan November ini menyebabkan nelayan kini giat menjalankan persiapan bagi menghadapi musim tersebut.

Mereka menyifatkan, sepanjang enam bulan bermula daripada akhir Oktober hingga April adalah waktu getir terutama kepada nelayan pesisir pantai kerana tidak dapat turun ke laut kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

Bagi 415 orang nelayan pesisir pantai di daerah Kemaman dan Dungun, mereka kini sudah melakukan persiapan awal dengan menyimpan barangan keperluan asas kerana bantuan bulanan sebanyak RM300 tidak mencukupi untuk menampung hidup sepanjang musim tersebut.

Nelayan yang ditemui menyifatkan musim tengkujuh adalah waktu paling mencabar apabila sumber pendapatan menjadi kurang di kala mereka bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan harga barang keperluan asas yang semakin mahal.

Bagi Mohamad Muda, dia kini mula berjimat dengan menyimpan sedikit wang hasil daripada jualan ikan untuk menampung hidup dan bertahan sepanjang musim tengkujuh.

“Simpanan, simpan duit sikit – sikit ,makanan simpan jugak simpan makanan, perbelanjaan lain, gitula tunggu nelayan ke laut”

Zamari Sulaiman yang ditemui pula berkata dia sudah mula menyimpan barangan keperluan asas di rumah.

“Di rumah mesti adalah, ada, sikit-sikit tu, siap semua tu ada la makanan-makanan ,macam beras ke makanan ringan ke, kita turun- turun tapi, jeluk, atas air linang tubik, kalau air tak linang tak tubik.” katanya.

Namun begitu, disebabkan oleh desakan hidup mereka tiada pilihan lain dan terpaksa turun ke laut untuk mencari rezeki meskipun sedar akan risiko yang dihadapi.

Malah ada juga nelayan yang terpaksa menumpang bot besar untuk turun ke laut memandangkan perlu menyara keluarga dan ada juga yang melakukan kerja-kerja kampung sekiranya ada yang meminta bantuan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini