comscore
Tumpuan :
Nasional

Nelayan hilang dikhuatiri dibaham buaya

Anggota penyelamat melakukan pencarian nelayan yang disyaki disambar buaya dalam radius tiga kilometer sepanjang muara sungai. – Foto ihsan Bomba

TAWAU: Seorang nelayan warga emas hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika hendak ke laut di Kampung Mas-Mas Nasib Kita, dekat sini, awal pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Addi Bangsa, 60, dikatakan bersendirian sebelum disambar reptilia itu semasa hendak turun ke bot untuk menangkap ikan kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu daripada pihak polis jam 7.03 pagi.

Operasi turut dibantu anggota polis menggunakan bot dengan kaedah pencarian di permukaan dalam radius tiga kilometer sepanjang muara sungai.

“Sehingga jam 6 petang tadi, mangsa belum ditemui dan SAR akan disambung semula esok,” katanya.

Loading...
Terkini