comscore
Tumpuan :
Nasional

Nelayan hilang di perairan Pulau Tioman

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Seorang nelayan hilang dipercayai terjatuh daripada bot ketika mengawal kawasan aktiviti mencari gali minyak dan gas di Perairan Pulau Tioman.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama (Maritim) Mazlan Mat Rejab berkata, berdasarkan laporan diterima kali terakhir mangsa dilihat di atas bot pada jam tujuh petang, Selasa, lalu.

Menurutnya, mangsa Heng Jooi Hwa, 58, dari Endau, Johor adalah kru sebuah bot dilantik syarikat untuk operasi mencari gali minyak dan gas bagi memastikan tiada bot nelayan memasuki masuk kawasan aktiviti.

Katanya, Maritim Malaysia mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op CARILAMAT) mulai jam 9.15 pagi semalam, sejurus menerima laporan.

“Kapal Maritim (KM) Rentap diatur gerak ke lokasi sejurus mendapat laporan.

“Pengadu adalah pemilik bot neloatan dilantik menjaga keselamatan sektor operasi mencari gali minyak dan gas di kawasan perairan Laut China Selatan berhampiran Pulau Tioman,”

“Op CARILAMAT dilancarkan turut disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibantu nelayan tempatan.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mazlan Berkata, ketika ini keadaan cuaca di sekitar lokasi pencarian dilaporkan kurang baik dengan kelajuan angin 30 hingga 40 kilometer sejam dan laut bergelora.

Bagaimanapun katanya, operasi diteruskan dengan menggunakan aset dimiliki Maritim Malaysia.

Katanya, komuniti maritim terbabit dengan aktiviti di laut dinasihatkan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, memastikan bot dalam keadaan baik dan peka keadaan cuaca.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini