comscore
Tumpuan :
Nasional

Nelayan direman insiden amuk gara-gara harta pusaka

Suspek baling cawan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar.

MUAR: Seorang nelayan yang ditahan berhubung kejadian mengamuk serta membaling cawan berisi kopi panas terhadap adik iparnya  di sebuah rumah di Pagoh, semalam direman tiga hari.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pada kejadian jam 5.30 petang, suspek berusia 50-an bertindak demikian selepas berlaku perang mulut dengan iparnya.

“Pada mulanya, hanya berlaku pertengkaran mulut berhubung pembahagian harta pusaka dan kesudahannya suspek mengamuk dan memecahkan barangan dalam rumah.

”Pengadu yang juga adik ipar suspek menerima panggilan telefon daripada kakaknya memberitahu insiden membabitkan suspek yang agresif.

“Perbuatan suspek membahayakan ibu dan keluarganya. Suspek mengamuk hingga membaling cawan berisi kopi panas kerana tidak berpuas hati urusan pembahagian harta pusaka tanpa melalui rundingan,” katanya dihubungi, hari ini.

Katanya, suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini