Tumpuan :
Nasional

Nelayan bimbang, kapal tongkang muatan silika hanyut

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

MARANG: Sebuah kapal tongkang yang dipercayai membawa muatan silika ditemui tersadai berhampiran Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.

Kapal tongkang berkenaan difahamkan mengalami kerosakkan sejak dua hari lalu berhampiran Pulau Kapas sebelum dihanyutkan.

Bagaimanapun, angin kencang serta ombak besar yang melanda Terengganu ketika ini mengakibatkan kapal tongkang terbabit semakin hampir ke pantai.

Kehadiran kapal tongkang ini sekali gus mengejutkan orang awam khususnya pengunjung kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Ekonomi Nelayan Daerah Marang, Mustaffa Jusoh, 72, berkata kapal tongkang yang tersadai itu turut membahayakan nelayan pesisir turun ke laut kerana kawasan itu merupakan laluan bot nelayan.

Tambahnya, keadaan kapal yang besar dan air laut yang bergelora ketika ini, kemungkinan terdapat kesukaran untuk menarik semula kapal terbabit ke tengah laut.

Seterusnya mungkin mengakibatkan nelayan pinggir pantai kehilangan punca pendapatan.

“Sangat bimbang, ini kan laluan nelayan pergi balik dari laut, kalau nak ambil jaring dan pukat memang susah sebab kawasan ini kawasan nelayan memukat ikan”, katanya.

Sehubungan itu dia meminta pemilik kapal tongkang atau pihak berkuasa agar dapat mengalih tongkap tersebut ke tempat lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini