comscore
Tumpuan :
Nasional

Negara ASEAN lain berminat sertai blok ekonomi BRICS

Oleh: Hamdi Fahmi Muhamad Zaki & Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Beberapa negara ASEAN lain melahirkan rasa minat untuk menyertai pakatan ekonomi BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, hasrat itu sejajar dengan tumpuan ASEAN untuk memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi serantau, di samping menjaga hubungan baik dengan negara-negara kuasa besar dunia.

“Asas ekonomi menjadi ukuran atau kriteria utama dan kita tidak mahu ASEAN menjadi gelanggang percaturan atau pertembungan kuasa-kuasa besar.

“Dahulunya, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet dan sekarang AS dengan China.

“Hubungan kita dengan China akan terus ditingkatkan dan apabila kita mendekati BRICS, beberapa negara ASEAN turut mengambil keputusan yang sama,” katanya di Dewan Rakyat Hari ini.

Beliau mengulas perkara berkenaan ketika soalan tambahan diajukan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang ingin mengetahui pendekatan yang akan digunakan untuk memastikan kestabilan ASEAN terutama dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik China-AS yang boleh memberi kesan kepada ASEAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini