KUALA LUMPUR: Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Justeru, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan tindakan sedemikian bukan hanya tidak boleh diterima, malah tidak sepatutnya dinormalisasikan.
“Kelakuan ini tidak boleh diterima dan tidak patut dinormalisasikan.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada satu hantaran seorang pengguna X, yang berkongsi beberapa tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah, yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ yang mempunyai lebih 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah pelajar jelas kelihatan.
“Saya sudah mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis segera.
“Kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan D11 (Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak) IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Johor,” katanya melalui muat naik di akaun X.-BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.