Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nama KPLB dipinda jadi KKDW

 

PUTRAJAYA: Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dipinda menjadi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tetapi visi, misi serta fungsinya kekal, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan dikeluarkan KKDW, hari ini, berkata kementerian itu memfokus inisiatif melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan, bukan saja dari segi infrastruktur tetapi juga sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan menerus dan merealisasikan agenda serta program teras bawah kementerian itu untuk memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosioekonomi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan negara.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Ahmad Zahid, 69, sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Loading...
Terkini