Tumpuan :
Nasional

Nama anggota polis yang maut akan diumum Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Razarudin tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI). -Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini mula hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).

Mereka turut kelihatan sugul dan ada yang gagal menahan air mata sementara menunggu proses bedah siasat ke atas dua anggota selesai.

Turut melawat adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang menzahirkan dukacita terhadap kejadian menimpa mangsa.

Beliau juga meluangkan masa mendekati ahli keluarga anggota, selain melawat seorang lagi anggota dirawat selepas cedera dalam serangan berkenaan.

Difahamkan senarai nama anggota polis yang maut akan diumumkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Loading...
Terkini