Tumpuan :
Nasional

Najwa Mahiaddin hadir beri sokongan moral kepada bapa

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri, Najwa Mahiaddin hadir bersama suaminya, Idris Koh Keng Hui bagi memberi sokongan kepada bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa di mahkamah, hari ini.

Beliau tiba pada jam 8.20 pagi tadi bersama beberapa ahli keluarga yang lain.

Selain Najwa, beberapa pimpinan parti Perikatan Nasional (PN) turut hadir memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

FOTO: NSTP

Antaranya, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Muhyiddin, 76, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti BERSATU dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN yang memakai sut lengkap berwarna gelap itu tiba di mahkamah dengan ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Loading...
Terkini