PUTRAJAYA: Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memutuskan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan 50 peratus manakala denda yang perlu dibayar juga dikurangkan.
Justeru, menurut kenyataan lembaga itu, Datuk Seri Najib “dipersetujui” dibebaskan pada 23 Ogos 2028 dan denda RM210 juta yang perlu dibayar dikurangkan kepada RM50 juta.
Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bekas perdana menteri itu akan ditambah selama setahun, menurut kenyataan itu.
Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan yang mengadakan mesyuaratnya Isnin lalu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan yang dicapai.
Petisyen untuk pengampunan Datuk Seri najib pertama kali dikemukakan pada September 2022 dan penambahan (adendum) kepada permohonan itu difailkan pada Oktober tahun sama dan April lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- PM bayangkan kemungkinan keputusan pengampunan Najib diketahui hari ini
- Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan – PM
- Jangan buat kesimpulan, tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan – Fahmi
- Kes Najib: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan
- Keputusan pengampunan Najib dijangka diumum minggu ini – Dr Zaliha