Oleh: Nurul Amalina Zainudin
KUALA LUMPUR: Pengukuhan infrastruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini perlu dilaksana dengan segara.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan sistem perkhidmatan kerajaan juga dinaiktaraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus.
“Ini bagi membanteras amalan rasuah dan salahguna kuasa, serta budaya “red tape” yang menyusahkan urusan rakyat”, titah baginda.
Bagaimanapun baginda mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati, agar tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dalam talian dan kecurian identiti.
Menerusi Titah Diraja yang disampaikan, baginda turut meluahkan rasa bimbang dengan budaya fitnah dan hasutan di dalam talian dan media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah belah.
“Kerajaan perlu tegas dalam membendung budaya ini dan bersikap proaktif untuk memberikan maklumat yang betul dan dipercayai,” titah baginda.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.