TANJONG KARANG: Tiga kenderaan berlanggar hingga menyebabkan kematian seorang lelaki dan lapan yang lain cedera di Batu 3, Jalan Bernam, di sini, semalam.
Seorang lelaki maut, manakala lapan cedera dalam nahas tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam, di sini, semalam.
Mangsa, Norsyam Nasullah Rahim, 23, meninggal dunia di lokasi dalam nahas yang berlaku kira-kira 10 malam tadi itu,
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan, 10.05 malam.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi.
“Menurut laporan awal, nahas membabitkan Perodua Bezza, Nissan Almera dan Honda City.
“Kesemua mangsa cedera dibantu orang awam sebelum pihak bomba hadir ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.