KOTA TINGGI: Tiga maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga kereta di kilometer 50.1, Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, hari ini
Jurucakap Bomba memaklumkan sebaik pasukannya tiba di lokasi kejadian mendapati tiga kenderaan iaitu Toyota Innova, Perodua Bezza dan Volkswagen.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Izwani Abd Hamid berkata mangsa maut ialah Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazli, 19 dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19.
Manakala seorang lagi penumpang kenderaan sama Izznur Harith, 19, cedera parah.
“Bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan pada jam 1.43 petang, berhubung kemalangan tiga kenderaan membabitkan sembilan mangsa itu.
“Terdapat empat orang mangsa cedera ringan dari kenderaan Toyota Inova. Pemandu Volkswagen pula selamat. Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan.
Manakala mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.