comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Segamat, Abdullah kini stabil

SEGAMAT: Seorang lagi mangsa nahas lima kenderaan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu, berada dalam keadaan stabil.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mangsa, Abdullah Amir Ruddin 15, masih mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat dan kini menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Polis memohon agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang berita yang tidak pasti kesahihannya kerana ia boleh memberi kesan kepada emosi keluarga yang masih bersedih. Segala perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Zamry berkata pihak media juga dinasihatkan mendapatkan maklumat dari pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang laporan bagi memastikan ia benar-benar sahih.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lori terbabas punca nahas maut 6 sekeluarga

Dalam nahas Jumaat lalu, ibu dan bapa mangsa Norahimah Noor Muhammad, 43 dan Amir Ruddin Ismail, 46 serta empat beradik mangsa Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5 meninggal dunia dan jenazah kesemua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Muar petang semalam.

Loading...
Terkini