Oleh: Fatin Hanani Sahimi
BENTONG: “Ketika itu, takut jadi nombor dua…Yang penting nyawa kawan saya dahulu.”
Demikian perkongsian pengawal keselamatan, Muhammad Solehhin Zainal Ariffin, 38, yang menyelamatkan juruterbang dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, di sini jam 10.20 pagi, semalam.
Ketika kejadian Muhammad Solehhin berkata sewaktu helikopter melakukan pendaratan, dia yang sedang bekerja di pos pengawal keluar bagi memeriksa sebarang halangan yang berada berhampiran kawasan berkenaan.
“Ketika itu, takut jadi nombor dua…Yang penting nyawa kawan saya dahulu.”
Demikian perkongsian pengawal keselamatan, Muhammad Solehhin Zainal Ariffin, 38, yang menyelamatkan juruterbang dalam kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, jam 10.20 pagi,… pic.twitter.com/0EfLN00Nrt
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 7, 2025
“Sewaktu helikopter itu berada berhampiran tempat pengisian minyak, tiba-tiba ia hilang kawalan dan terbalik, lalu (kipas) terkena pada jurutera itu kemudian ia terbakar.
“Dalam situasi itu, saya tidak fikir apapun. Saya hanya fikir nak selamatkan orang yang saya nampak masih hidup dan meskipun ada api, saya tidak rasa takut.
“Masa itu, takut itu jadi nombor dua. Yang penting nyawa kawan saya itu dahulu,” katanya ketika ditemui BuletinTV3 di sini.
![](https://media.buletintv3.my/2025/02/Pengawal-keselamatan-Muhammad-Solehhin-Zainal-Ariffin.jpg)
Menceritakan detik menyelamatkan mangsa, ujarnya sejurus pesawat itu terbalik dia bergegas mendapatkan juruterbang yang masih berada dalam kokpit.
“Ketika itu dia (juruterbang) dalam keadaan bingung dan terkejut, selepas dia membuka tali pinggang keselamatan, saya terus tarik dia dan membawa keluar kerana api semakin marak.
“Beberapa minit kemudian, beberapa individu dari pihak syarikat tiba dan segera membantu mengawal situasi dan memadam kebakaran,” katanya.
Muhammad Solehhin yang baru bertugas di sini pada Januari lalu berkata, meskipun perkenalan dengan mangsa agak singkat, namun mangsa disifatkan sebagai seorang kawan yang baik dan sering berkongsi pengalamannya sepanjang bertugas.
Sementara itu, pemerhatian Buletin TV3 mendapati di lokasi ketika ini dapat dilihat pekerja syarikat itu membersihkan kawasan kejadian.
Bangkai helikopter malang tersebut dan beberapa buah kenderaan berhampiran masih belum dialihkan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- TNB sahkan helikopter terhempas ketika mendarat berdekatan tapak projek
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Juruterbang diselamatkan oleh pengawal keselamatan – Polis
- Nahas helikopter: Helikopter hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti
- Nahas helikopter: Helikopter terhempas terbabit kerja angkut bahan binaan sejak 21 Jan
- Nahas helikopter: Mayat jurutera dibawa keluar lokasi kejadian
- Nahas helikopter: MHS Aviation sedia beri kerjasama, jalankan siasatan menyeluruh
- [VIDEO] Nahas Helikopter: BSKU lakukan siasatan di lokasi