Oleh: Fatin Hanani Sahimi
BENTONG: Proses bedah siasat ke atas mangsa nahas helikopter yang terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, semalam telah selesai jam 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, berdasarkan laporan, punca kematian disebabkan kecederaan pada kepala akibat terkena bilah pemutar helikopter malang itu.
“Pengecaman mayat mangsa telah dilakukan lebih kurang jam 3.30 petang tadi oleh bapa saudara mangsa yang hadir untuk mengesahkan identiti si mati,” katanya ketika dihubungi BuletinTV3.
Dalam pada itu, siasatan di lokasi kejadian diteruskan hari ini oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).
“Pihak BSKU telah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan telah selesai menjalankan siasatan pada jam 3.30 petang tadi dan sebarang perkembangan lanjut mengenai hasil siasatan akan dikeluarkan oleh pihak BSKU, Kementerian Pengangkutan.
“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa pihak BSKU telah hadir di lokasi kejadian dan siasatan telah dijalankan dan selesai.
“Manakala untuk bangkai pesawat, pihak kami bersama BSKU telah menyerahkannya kepada Malaysian Helicopter Services (MHS) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, helikopter pengangkut jenis Bell 206L4 Long Ranger, dilaporkan terhempas pada ketinggian kira-kira 0.9 meter selepas melakukan penerbangan dari tapak projek TB sejauh 16 kilometer.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- TNB sahkan helikopter terhempas ketika mendarat berdekatan tapak projek
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Juruterbang diselamatkan oleh pengawal keselamatan – Polis
- Nahas helikopter: Helikopter hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti
- Nahas helikopter: Helikopter terhempas terbabit kerja angkut bahan binaan sejak 21 Jan
- Nahas helikopter: Mayat jurutera dibawa keluar lokasi kejadian
- Nahas helikopter: MHS Aviation sedia beri kerjasama, jalankan siasatan menyeluruh
- [VIDEO] Nahas Helikopter: BSKU lakukan siasatan di lokasi