Tumpuan :
Nasional

Nahas helikopter: MHS Aviation sedia beri kerjasama, jalankan siasatan menyeluruh

KUALA LUMPUR: MHS Aviation sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa penerbangan dan komited menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca nahas helikopter Bell 206L4, hari ini.

Dalam kenyataan, MHS Aviation memaklumkan fokus mereka adalah menyokong pihak yang terjejas termasuk keluarga individu terbabit.

“Kemas kini selanjutnya akan diberikan apabila lebih banyak maklumat diperoleh,” katanya.

Pihaknya kesal dengan nahas helikopter di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang terbabit dan keadaan berjaya dikawal dengan pantas tanpa ancaman keselamatan.

“Bagaimanapun, kami amat kesal untuk melaporkan seorang kru darat maut,” katanya.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan helikopter terbabit di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang.

Helikopter yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation itu sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini