BENTONG: Mayat seorang jurutera warga Indonesia yang maut selepas terkena bilah kipas helikopter yang terhempas dan terbakar di tapak pendaratan Batu 9, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, telah dibawa keluar dari lokasi kejadian sebentar tadi.
Mangsa, dikenali sebagai Finsen Resky Sembiring, 27, dibawa dengan kenderaan polis pada jam 4 petang ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
Insiden berlaku sekitar jam 10.20 pagi apabila sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger terhempas pada ketinggian kira-kira 0.9 meter ketika mendarat untuk mengisi minyak.
Helikopter yang berlepas dari tapak projek Tenaga Nasional Berhad (TNB), kira-kira 16 kilometer dari lokasi kejadian, dipercayai mengalami kemalangan selepas skidnya bergesel dengan tanah, mengakibatkan pesawat itu terbalik dan terbakar.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bentong pada jam 11.20 pagi.
Sementara itu, juruterbang helikopter, Kustiyadi, 44, yang juga warga Indonesia, mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- TNB sahkan helikopter terhempas ketika mendarat berdekatan tapak projek
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Juruterbang diselamatkan oleh pengawal keselamatan – Polis
- Nahas helikopter: Helikopter hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti
- Nahas helikopter: Helikopter terhempas terbabit kerja angkut bahan binaan sejak 21 Jan
- Nahas helikopter: MHS Aviation sedia beri kerjasama, jalankan siasatan menyeluruh