BENTONG: Juruterbang helikopter jenis Bell 206L4 yang terbakar dan terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Bentong, Pahang pagi tadi, diselamatkan oleh saksi yang berada di lokasi.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, saksi itu yang juga pengawal keselamatan di kawasan nahas telah mengeluarkan juruterbang terbabit, sejurus melihat kejadian berkenaan.
Juruterbang warga Indonesia berusia 44 tahun itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Terdahulu dilaporkan seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- TNB sahkan helikopter terhempas ketika mendarat berdekatan tapak projek
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Helikopter hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti