Oleh: Fazli Ahmad
BENTONG: Jurutera warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring disahkan sebagai mangsa korban akibat terkena libasan bilah kipas helikopter yang hilang kawalan ketika mendarat berhampiran sebuah pusat agrotourism di Jalan Karak Lama, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Finsen, 27, berasal dari Medan bertugas sebagai jurutera berdekatan lokasi nahas terbabit.
Mangsa dilaporkan cedera di kepala akibat terkena libasan bilah kipas helikopter.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, juruterbang helikopter terbabit mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, juruterbang itu berusia 44 tahun dan juga warga Indonesia.
Kejadian berlaku ketika helikopter milik syarikat swasta itu disewa untuk kerja pemasangan kabel elektrik.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- TNB sahkan helikopter terhempas ketika mendarat berdekatan tapak projek
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Juruterbang diselamatkan oleh pengawal keselamatan – Polis
- Nahas helikopter: Helikopter hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti